Untng
BMEN
CiriHarga Log masuk Cuba percuma →

App akaun untuk bisnes kecil di Malaysia

Untng ialah app akaun ringkas untuk owner bisnes kecil (PKS) yang kerja ikut job. Rekod duit masuk dan keluar, simpan resit, buat sebutharga dan invois, dan tahu job mana betul-betul untung. Semuanya dalam satu app di telefon.

Apa yang app akaun patut buat untuk bisnes kecil?

Owner bisnes kecil tak perlukan akaun yang rumit. Yang perlu ialah rekod yang kemas, dan jawapan kepada satu soalan: untung sebenar berapa?

Ringkas, bukan software akaun penuh

Untng untuk owner, bukan orang akaun. Anda tak perlu faham debit dan kredit. Ia alat simpan rekod yang lebih ringkas daripada software akaun penuh, dan ia bukan nasihat cukai, perakaunan atau guaman.

Dah ada akauntan? Kekalkan akauntan anda, dan Untng beri mereka rekod yang kemas.

Untuk siapa

Untuk owner yang kerja ikut job: baiki dan servis (aircond, paip & tukang), kontraktor dan renovasi, homestay dan sewaan, creator & freelancer, serta cuci kereta, salon & kedai tayar.

Soalan biasa

Perlu faham perakaunan dulu? Tak perlu. Anda rekod apa yang berlaku: duit masuk, kos dan resit. Untng susun jadi untung rugi ikut job.

Pekerja boleh guna? Boleh. Pekerja hanya nampak rekod yang mereka masukkan sendiri. Angka untung untuk owner dan rakan kongsi sahaja.

Rekod saya selamat? Rekod setiap bisnes diasingkan. Baca ringkasannya di Keselamatan & Privasi.

Harga

Dua pelan: Business RM69 sebulan dan Business Plus RM99 sebulan, termasuk cukai. Cuba 7 hari dulu, tiada caj semasa percubaan. Lihat harga atau lihat semua ciri.