Untng
BMEN
CiriHarga Log masuk Cuba percuma →

Keselamatan & Privasi

Dikemas kini 1 Oktober 2026

1. Ringkasnya

Untng menyimpan rekod duit, resit dan invois bisnes anda. Halaman ini menerangkan dengan ringkas cara rekod itu dijaga. Butiran penuh ada dalam Dasar Privasi.

2. Rekod anda diasingkan

Peraturan pangkalan data memastikan satu akaun hanya boleh membaca rekod bisnesnya sendiri. Bisnes lain tidak boleh melihat rekod anda.

3. Pekerja dan peranan

Anda yang tentukan siapa boleh sertai bisnes anda. Pekerja hanya nampak rekod yang mereka masukkan sendiri; angka untung untuk owner dan rakan kongsi sahaja.

4. Log masuk

App diakses melalui HTTPS. Anda log masuk dengan Google atau e-mel serta kata laluan, dan Untng tidak pernah nampak kata laluan Google anda.

5. Gambar resit dan pautan invois

Rekod dan gambar anda disulitkan dengan AES-256 semasa disimpan, dan dengan TLS semasa dihantar.

Gambar resit disimpan secara tertutup, bukan sebagai pautan awam; app membukanya guna pautan sementara yang cepat tamat. Setiap pautan invois ada kod rawak 122-bit yang tidak boleh diteka, hanya menunjukkan satu invois itu, dan tamat sendiri selepas tempoh singkat.

6. AI

Bila anda imbas resit, gambarnya dihantar kepada pembekal AI kami, Anthropic, untuk membaca butirannya. Infrastruktur Anthropic terletak di luar Malaysia. Kalau tak mahu, isi resit itu secara manual, dan tiada gambar dihantar.

7. Di mana data anda disimpan

Data anda disimpan di Singapura. Bayaran diproses oleh Razorpay Curlec; kami tidak melihat atau menyimpan butiran kad anda. Senarai penuh pembekal ada dalam Dasar Privasi.

8. Data anda milik anda

Kami tidak menjual data pelanggan. Anda boleh eksport rekod ke Excel dan padam bisnes anda melalui Tetapan.

9. Apa yang anda boleh buat

10. Hubungi kami

Jumpa masalah keselamatan? E-mel support@untng.my dan beritahu kami apa yang anda nampak. Lihat juga Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan.