Tentang Untng
Untng ialah app akaun ringkas untuk owner bisnes kecil (PKS) di Malaysia. Rekod duit masuk dan keluar ikut job, simpan resit, dan tahu kerja mana betul-betul untung.
Cari software akaun yang senang?
Untng untuk owner, bukan orang akaun. Anda tak perlu faham debit dan kredit untuk jaga akaun bisnes kecil anda: rekod duit masuk dan keluar, simpan resit, keluarkan sebutharga dan invois, dan lihat untung rugi ikut job. Ia alternatif yang lebih ringkas kepada software akaun penuh.
Dah ada akauntan? Kekalkan akauntan anda, dan Untng beri mereka rekod yang kemas: penyata untung rugi, padanan penyata bank dan eksport Excel. Untng ialah alat simpan rekod, bukan nasihat cukai, perakaunan atau guaman.
Baca tentang app akaun untuk bisnes kecil
Apa yang Untng buat
- Simpan resit. Snap resit dan AI baca nama kedai, jumlah serta tarikh untuk anda semak. Resit disimpan sehingga 7 tahun selagi langganan aktif, dan boleh dicari bila-bila masa.
- Sebutharga dan invois. Buat sebutharga, invois dan kutip bayaran dalam satu app. Peringatan WhatsApp sedia untuk anda hantar sendiri.
- Untung rugi ikut job. Untng tunjuk untung ikut setiap job. Akaun terus tersusun ikut job, event atau projek.
- Pekerja ikut peranan. Pekerja hanya nampak rekod yang mereka masukkan sendiri. Angka untung untuk owner dan rakan kongsi sahaja.
- Kalendar. Jadual job dan tempahan masuk terus ke Google atau Apple Calendar.
Untuk siapa
Untuk owner yang kerja ikut job: baiki dan servis (aircond, paip & tukang), kontraktor dan renovasi, homestay dan sewaan, creator & freelancer, serta cuci kereta, salon & kedai tayar.
Harga
Dua pelan: Business RM69 sebulan dan Business Plus RM99 sebulan, termasuk cukai. Cuba 7 hari dulu, tiada caj semasa percubaan. Lihat harga
Pengendali
Untng dikendalikan oleh IQRAFT DIGITAL PLT (202604002595), Semenyih, Selangor.
Hubungi kami
Ada soalan? Hubungi kami.